Iraqi Dinar Dinar Iraq Iraq Currency Buy Dinar
1 2 3 4


News

Iraqi Dinar Buzz Updates

Tahukah anda
2011-03-24 00:29:00

Iraq memiliki rezab kedua terbesar minyak dengan 95% hasil Iraq daripada eksport minyak. Ditambah pula dengan kenaikan harga minyak serantau, Iraq akan kembali kuat. Nilai Dinar Iraq telah meningkat daripada masa terendah IQD3000 = USD1.00 kepada IQD1,400 hingga IQD1,500 kebelakangan ini. Sebelum perang 1991, ID1 = USD3.00. Harus di ingatkan, Dinar baru hanya diperkenalkan sejak 15 Oktober 2003. Sistem kewangan yang diasaskan oleh kerajaan baru ini menggalakkan pelaburan asing, kunci pembangunan ekonomi yang kukuh. Negara Iraq yang berjaya akan melonjakkan matawang Iraq daripada paras terendah menjadi matawang yang diiktiraf dunia. Dinar Iraq yang baru telah meningkat 25% sejak tamatnya operasi ketenteraan di negara itu.
Kerajaan Amerika Syarikat menjanjikan bantuan USD18 bilion, ketenteraan dan sumber manusia sukarelawan, pelunasan hutang dan jalinan ekonomi yang bakal membantu Iraq keupayaan untuk memacu potensi ekonomi USD70 bilion setahun, merupakan yang terbesar di rantau berkenaan. Rezab Minyak Iraq Melebihi USD10 trilion Iraq sebuah negara dinamik dengan populasi rakyatnya terpelajar melebihi 22 juta orang, juga memiliki rezab minyak USD10 trilion berdasarkan harga pasaran semasa. Sejak bebas daripada cengkaman regim Saddam Hussein, Iraq berpotensi untuk mencapai ekonomi bernilai USD70 Bilion setahun, juga rezab minyak dan gas terbesar iaitu kedua selepas Arab Saudi.

Negara Industri Seluruh Dunia Berada Di Iraq

Negara kuasa ekonomi dari seluruh dunia berada di Iraq, sama ada atas misi ketenteraan atau misi sukarelawan, datang membantu membina persekitaran yang selamat, terkawal dan polisi ekonomi yang berkesan. Trilion dollar telah dijanjikan untuk pembangunan dan pemulihan di Iraq. Pembinaan semula infrastruktur terutamanya kuasa elektrik, air, jalanraya dan lebuhraya, sistem telefon dan IT dan perkhidmatan kesihatan dan kemanusiaan telah pun bermula.

Iraq Memacu Arah Yang Betul

Perjanjian Serantau Iraq terus menjalin hubungan penting dalam usahanya untuk mengeksport rezab minyak dan gas melalui saluran paip yang sedia ada dengan negara jiran.

Sistem Matawang Iraq

Sistem kewangan yang baru dilancarkan menggalakkan pelaburan asing, kunci utama untuk membina ekonomi yang kukuh.

Bank Pusat Iraq (CBI)

Bank Pusat Iraq adalah agensi bebas, tidak dikuasai oleh parti politik yang pelbagai di Iraq dan di audit oleh Ernst & Young International.

Bursa Saham Iraq

Bursa saham baru dibuka baru-baru ini telah merekodkan jumlah dagangan tinggi, melonjakkan harga saham 27 syarikat tersenarai. 2 bilion saham telah bertukar tangan hanya dalam 6 sesi dagangan.

Pasaran Bon Iraq

Bank pusat Iraq mengeluarkan bon perbendaharaan pertama pada 18 Julai 2006,
telah disertai secara menyeluruh oleh bank komersil swasta di Iraq.

Pasaran Hartanah Iraq

Pasaran hartanah berkembang pesat, semuanya akibat polisi ketat dan harga yang
dikawal semasa regim Saddam Hussin. Duit mengalir ke Iraq membolehkan warganegara
memiliki rumah di kawasan eksklusif yang selama ini dikhaskan untuk kakitangan
kerajaan.

Pengeluaran Minyak Iraq

Kerajaan Iraq sudah pun dibentuk, membawa kepada pembangunan semula telaga minyak. Perjanjian dengan syarikat minyak antarabangsa sudah dimeterai demi memaksimumkan hasil kekayaan minyak negara ini.

Harapan Kemajuan

Dijangkakan dalam tempoh 1 hingga 2 tahun, telaga minyak Iraq boleh mengeluarkan cukup minyak untuk menjana hasil negara. Tempoh 5 hingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan Iraq kembali ke arena dunia dari segi ekonomi, politik dan sosial.