Iraqi Dinar Dinar Iraq Iraq Currency Buy Dinar
1 2 3 4


News

Iraqi Dinar Buzz Updates

Note besar Dinar Iraq
2011-03-29 15:26:05

Berbalik isu kononnya note besar Dinar Iraq akan dihapuskan dengan membuang 3 kosong, saya boleh kata kata pada orang yang buat spekulasi ini sebagai orang yang ada tak bertanggungjawab. Timbulkan kerisauan kepada pemegang dinar yang lain. Saya boleh patahkan hujah golongan yang tak bertanggungjawab ini dengan beberapa fakta dan hujah seperti kat bawah ni…

1. Jika penghapusan 3 kosong di buat ke atas dinar, maka bukan sahaja kita yang akan bankrap tetapi satu dunia pun akan bankrap. Dan jika buang 3 kosong dibuat, ianya bukan sahaja memberi kesan kepada note 25K sahaja tetapi semua note Dinar sepertinote 50 Dinar, note 1,000, note 5,000 dan note 10,000 juga akan menerima kesan yang sama. Tidak benarlah jika ada pendapat yang mengatakan note kecil dinar tidak menerima kesannya.

2. Bank Negara Iraq tidak pernah menyebut langsung soal buang 3 kosong ini. Bahkan Bank Negara Iraq pernah mengeluarkan kenyataan menafikan tentang rancangan penghapusan tiga kosong itu. Hanya cakap-cakap kosong di dalam web dan forum sahaja.

3. Kalau dibuangnya 3 kosong itu, nescaya Iraq akan bankrap. Adakah Bank Negara Iraqsanggup membankrapkan rakyat Iraq dan bank perdagangan di Iraq dengan menjadikan nilai 25,000 Dinar ke 25 sahaja. Sudah tentu tidak. Kalau dilakukan juga, sudah pasti ruginya bertrilion-trilion. Nak cetak wang baru pun makan kos, apatah lagi nak buang nilai wang di pasaran.

4. Note besar tiada masalah dalam sesuatu matawang. Tengok negara jiran kita,Indonesia. Mereka guna juta rupiah bersamaan satu ribu lebih duit Malaysia. Takde masalah pun. Cuba kita lihat note Dinar Kuwait, sumber RV kita. Note Dinar Kuwait yang terbesar ialah 10,000 Dinar Kuwait. I Dinar Kuwait bersamaan USD 3.40. Maka nilainya bersamaan USD 34,000.00 atau melebehi RM 112,000.00. Tak timbul langsung cerita DinarKuwait akan dibuang tiga kosong. Logiknya buang tiga kosong akan merugikan negara berkenaan. Takkan nak bangkrapkan negara sendiri dengan alasan dan hujah yang cetek.

Jadi tak timbul langsung soal penukaran note besar ini. Lagipun note 25,000, 10,000 dan 5,000 Dinar Iraq telah digunakan sejak 60 an lagi. Zaman Saddam pun sudah gunakan note besar ini. Jadi takde masalah pun dengan isu note besar ini. Yang bermasalah adalah mereka-mereka yang buat-buat pandai, tapi menyusahkan orang ramai..