Iraqi Dinar Dinar Iraq Iraq Currency Buy Dinar
1 2 3 4


News

Iraqi Dinar Buzz Updates

RASIONAL MEMBELI DINAR IRAQ
2011-03-29 15:32:18

Prinsip pelaburan ialah kadar risiko berpadan dengan pulangannya. Rendah risko, rendah pulangan. Tinggi risko, tinggi pula pulangannya. Jadi pelaburan dinar Iraq, nak kata risiko tinggi tak juga, kerana kita boleh jual balik dinar tu. Nak dikatakan risiko rendah, mungkin juga, kerana keuntungan berlipat ganda. Hanya sabar jadi pegangan.

Antara rasional mengapa dinar Iraq boleh dijadikan pelaburan ialah :

1. Nilai Dinar Iraq Yang Rendah & Mampu dimiliki.

Dinar Iraq sebelum dan semasa zaman Saddam memerintah, 1 Dinar Iraq bersamaan dengan USD 3.00. Maknanya bersamaan dengan lebih kurang RM 10.00 tu. Dan pada hari, nilainya adalah tak sampai RM 0.10 sen pun. Diulangi, sebut : sepuluh sen. Beli coklat pun dapat dua biji.

Jadi sekarang, beli dan simpanlah. Bila dia diapungkan kembali, maka harga boleh meningkat ke USD 3.20, maknanya harganya boleh cecah RM 11 lebih. Beli sepuluh sen, dapat sebelas ringgit. Bayangkan kalau beli sejuta dinar iraq..woow, tentu kaya raya kan..

2. Putaran Alam menyatakan Dinar Iraq akan Naik.

Sejarah sentiasa berulang. Pada penghujung perang dunia kedua pula, nilai mata wang Jerman dan Russia menjunam seolah-olah tidak berharga pun. Sama juga seperti apa yang terjadi kepada Kuwait selepas Perang Teluk. Masa Iraq serang Kuwait, harga 1 Dinar Kuwait ialah RM 0.30 sahaja. Selepas Iraq keluar dari Kuwait, 1 Dinar Kuwait jadi USD 3.00. Kaya tuuuu.

Dan ia berlaku lagi sekarang di IRAQ, anda boleh membeli dinar Iraq ketika harganya sangat murah ini. Anda layak membeli berjuta dinar iraq dengan bermodalkan kurang dari seribu ringgit USD.

3. Nilai Dinar Iraq dikira berdasarkan USD Dolar

Dollar Amerika dijadikan sumber rujukan kerana Bank Dunia mengisytiharkan US Dollar sebagai timbang tara mata wang antarabangsa berdasarkan kestabilan ekonomi negara tersebut.

Pada masa sekarang tiada pemerintahan berpusat di Iraq sejak kejatuhan Saddam Hussein dan akan berlarutan sehinggalah parlimen Iraq dapat membangunkan semula Iraq di mana sekarang mereka sedang berusaha keras ke arah itu. (Mereka akan mengadakan program mengundi istimewa pada 15 oktober untuk melanjutkan proses ini) Dalam tahun 2002, sebelum berlakunya konflik di Iraq, dinar iraq mempunyai nilai menyamai $0.32 US! Dengan kata lain kalau anda mempunyai 100,000 Dinar, anda boleh tunaikan menjadi lebih 32,000 Dollars dalam mata wang US!!!

Walaupun dinar Iraq masih digunakan dalam urusan jual beli seharian di negara mereka tetapi nilainnya hanya sebahagian kecil dolar US. Majoriti pakar ekonomi percaya bahawa nilai matawang dinar akan naik sekurang kurangnya pada nilainya di tahun 2002.