Iraqi Dinar Dinar Iraq Iraq Currency Buy Dinar
1 2 3 4


News

Iraqi Dinar Buzz Updates

Gabenor Optimis Dinar RV..Iraq Bakal Ikut Jejak Turki??
2011-04-20 00:28:01

RV semakin lama, semakin dekat. Semalam Penasihat Bank Negara Iraq, Dr Mohammed Salleh dalam satu wawancara dengan Radio Free Iraq semalam menyatakan bahawa semua bank di Iraq sedang bersiap sedia untuk melaksanakan dasar kenaikkan tiga sifar daripada Dinar Iraq. Menurutnya lagi bahawa pelaksanaan dasar ini akan baiki masalah pengurusan matawang terutamanya soal inflasi yang mencecah 28 trilion Dinar Iraq dan ia perlu diubah (RV) disebabkan tidak lagi sepadan dengan harga dan kos di Iraq

Dia turut menyatakan bahawa Bank Negara Iraq sudah bersiap untuk memulakan projek menaikkan tiga sifar ini, tapi perlu mendapat kelulusan kerajaan Iraq yang akan ditentukan sebelumnya oleh Parlimen Iraq

Dan bahkan Ahli Parlimen Iraq optimis dengan cadangan Bank Negara Iraq untuk menambah tiga sifar dalam matawang Dinar Iraq. Mereka menganggap cadangan itu baik untuk Iraq keluar dari kemelesetan ekonomi terutamanya selepas kadar inflasi yang tertinggi di negara itu.

Sebelum itu, Gabenor Bank Negara Iraq, Dr. Sinan Al-Shabibi telah datang ke Parlimen Iraq untuk membawa usul mengangkat dinar Iraq yakni mengapungkan Dinar Iraq di pasaran antarabangsa

Sebenarnya ikut sejarah, Turki sendiri telah mengangkat enam sifar dalam matawangnya pada tahun 2005 dengan 1 juta Turkish Old Lira bersamaaan dengan 1 New Turkish Lira (1,000,000 TL = 1 NTL). Yakni kalau 1344,110 Turkis Old Lira, diangkat menjadi 1.3441. Dan ini secara automatik telah menaikkan Ekonomi Turki pada hari ini, yang pernah mencecah 1 USD bersamaan 1.6938 Turkish Lira, yang tertinggi pernah dicatat oleh negara Turki.

Jadi jika Iraq laksanakan dasar itu tambah tiga sifar itu, memang RV akan berlaku. Dengan status negara ke-2 terbesar yang mengeluarkan minyak dunia, tak logik matawang mereka lebih rendah daripada negara miskin seperti zimbabwe dan somalia. Jadi RV tetap berlaku, hanya pengumuman daripada Iraq sahaja yang kita nantikan.